WhatsApp Image 2020-09-09 at 8.39.41 PM
WhatsApp Image 2020-09-09 at 8.39.40 PM
GAMBAR 1_1

Tadika Islamik Pilihan

Anak-anak perlukan didikan agama yang sempurna diseiringkan dengan pembelajaran playschool yang dapat memahat minda dan mendorong anak menjadi lebih cemerlang. Al Kauthar Eduqids merupakan tadika swasta yang ditubuhkan dalam tahun 2013. Tadika ini menampilkan pelbagai program termasuk didikan pra-sekolah bagi anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun Pra Tahfiz (Penghafalan Quran), khidmat Montessori,program Kanak-Kanak (berumur 1 hingga 3 tahun) Playschool dan Islamic Advancement Programme (KAFA). Nama “Al Kauthar” diperolehi daripada Surah Al Kauthar (Telaga/Nikmat yang banyak) dari Al-Quran.

Al Kauthar Eduqids berhasrat untuk memupuk suatu suasana di mana anak-anak selamat, teguh dan diiktiraf. Malah tadika ini juga bertujuan untuk mendirikan asas yang kukuh di kalangan anak-anak berdasarkan nilai keagamaan dan etika Islam, demi mewujudkan tindakbalas dan keputusan positif. Ini merangkumi aktiviti fizikal, mental, sosial dan emosi untuk membentuk minda, watak dan sikap menurut prinsip Islam, di mana para ibubapa juga memainkan peranan aktif. Al Kauthar Eduqids mendidik, menjaga dan menawarkan konsultasi dengan menggunakan kaedah pembelajaran proaktif yang menggabungkan penyertaan guru, penuntut dan ibubapa. Kini Al Kauthar Eduqids mempunyai 35 cawangan di seluruh Lembah Kelang dan baru sahaja di anugerahkan SUPERBRAND AWARDS 2020 (Pilihan Malaysia).

Maklumat lanjut layari www.akeduqids.com

Facebook : AlKautharEduqids