HOSPITAL SUASANA MESRA PILIHAN

Penataan ruang hospital yang memukau memberikan ketenangan. Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena memberikan pengalaman rawatan kehamilan, kelahiran, pediatrik dan kesihatan wanita dalam ruang cosy dan elegan. Perkhidmatan bertaraf butik lima bintang di hospital pakar swasta terbesar untuk wanita dan kanak-kanak di Malaysia dengan kemudahan 133 katil dan 52 doktor pakar. Sutera Lounge ialah bilik menunggu yang boleh digunakan oleh pesakit dan pelawat.

Avisena mempunyai sejumlah 16 bilik suite dan bilik eksekutif yang lengkap dengan khidmat seorang pembantu. Tidak seperti bilik bersalin di hospital lain, bilik bersalin di sini direka bagi mewujudkan rasa tenang, nyaman dan seperti berada di rumah.

Maklumat lanjut layari www.avisena.com.my