E-Wallet Pilihan

Jenama e-Dompet gaya hidup yang penuh ganjaran, Boost digunakan oleh lebih daripada 4.4 juta pengguna dan diterima di lebih 90,000 titik sentuh perniagaan. Dengan menggunakan telefon pintar, anda hanya perlu imbas dan bayar untuk membuat pembayaran dan turut menerima ganjaran segera menerusi ciri “Shake Rewards”. Pembayaran bil seperti bil Unifi, Celcom, Astro serta bil utiliti dan lain-lain juga boleh dijelaskan di hujung jari melalui aplikasi Boost. Di samping itu, Boost memudahkan perjalanan anda melalui fungsi pembayaran parkir dan penempahan atau pembelian tiket bas, tren atau penerbangan. Boost juga memudahkan anda untuk menderma secara langsung kepada badan-badan kebajikan, NGO, institusi keagamaan dan lain-lain. Untuk terokai fungsi-fungsi yang lain, pengguna Android boleh memuat turun aplikasi ini daripada Play Store manakala pengguna iOS menerusi App Store. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari https://www.myboost.com.my/ atau ikuti laman sosial Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).