Bank Sel Stem Pilihan

Sejak 2002 CryoCord berkembang pesat menjadi salah satu kemudahan sel stem swasta terbesar dan paling komprehensif di Asia Tenggara yang mengkhususkan kepada proses cryopreservation sel stem manusia dan tisu untuk jangka masa panjang. CryoCord mempunyai 8 Bilik Bersih Kelas 100 yang berpandukan kepada ISO 14644 (ISO Kelas 5). Bilik bersih ini dilengkapi dengan penapis HEPA yang disahkan oleh NASA dan US Federal Standards 209E. Mereka menawarkan pemprosesan dan penyimpanan Mesenchymal Stem Cells (MSCs) yang diambil dari sumsum tulang, pulpa gigi dan tisu lemak. Bank sel stem ini berlesen sepenuhnya di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta (PHFS) 1998 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Makmal CryoCord telah disahkan dengan pensijilan cGMP oleh NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency) yang juga salah satu badan di Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut piawaian PIC/S.