Hotel Dekorasi Unik Pilihan

Mula beroperasi sekitar tahun 2011, Hotel De Art merupakan hotel bertema seni pertama di Malaysia! Berkonsepkan hotel butik, Hotel De Art kini mempunyai lima cawangan secara keseluruhan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam, I-City, Seksyen 9 Shah Alam dan USJ 21, Subang. Mengetengahkan elemen seni yang berbeza tema bagi setiap cawangan, Hotel De Art menyajikan inapan yang selesa dan berpatutan malah suntikan corak yang dipilih bagi setiap bilik juga memberi pengalaman yang berbeza buat para pengunjung.

Hotel De Art Seksyen 7 mengetengahkan tema English Classic. Hotel De Art Seksyen 19 pula memilih tema 3D di mana setiap bilik dilukis sendiri oleh pelukis profesional. Tema Hope & Imagination dipilih sebagai tema Hotel De Art Seksyen 9. Bagi Hotel De Art I-City, tema Fantasi Wonderland dipertaruhkan dan ternyata ianya menjadi kegemaran rata-rata pengunjung yang menginap, manakala Hotel De Art Usj bertemakan English Garden. Antara kategori bilik yang terdapat di Hotel De Art ialah, Art Single, Art Queen Deluxe, Art Premier Deluxe, Art Family Deluxe, Art Suite, Art Soho & Art Studio.

Maklumat lanjut layari www.hoteldeart.com.my

Facebook : Hotel De Art