IKON PAKAR PILIHAN PA&MA

• DR ONG SIK YONG •

INFO IKON

Kepakaran:
Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC)

Pencapaian Pendidikan:
Medical Doctor (USM), Membership of the Royal College of Paediatric and Child Health (MRCPCH), Master of Paediatrics (MMED, University Malaya), Fellowship in Paediatric Gastroenterologist, Hepatology and Nutririon (MOH, Birmingham Children’s Hospital, UK)

Anugerah yang pernah diterima dan sedikit info tentang pengalaman kerjaya:

Dr Ong Sik Yong merupakan seorang graduan perubatan dari Universiti Sains Malaysia pada 2005 sebelum menjalani latihan klinikal am pediatrik di Hospital Taiping, Hospital Besar Pulau Pinang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dari tahun 2007 hingga 2013. Beliau mendapat keahlian di Royal College of Paediatrics and Child Health pada 2011 dan memperoleh Sarjana Pediatrik dari Universiti Malaya pada 2013.

Dr Ong mengikuti latihan sub-kepakaran dalam gastroenterologi pediatrik, hepatologi dan pemakanan dari PPUM, Hospital Selayang dan Hospital Kanak-kanak Birmingham di United Kingdom dari 2015 hingga 2018.

Dr Ong telah menubuhkan Unit Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2018. Beliau merupakan Ketua Klinikal dan Ketua Unit Gastroenterologi/ Hepatologi dan Pemakanan Pediatrik di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur) dari 2018 hingga 2023. Minat khusus Dr Ong termasuk penyakit radang usus pediatrik, gangguan fungsi gastrousus dan penyakit hati kronik.

Moto Hidup:
Sentiasa berikan yang terbaik supaya tidak menyesal di kemudian hari. 

Maklumat lanjut layari :

FACEBOOK

Ong Sik Yong