farm-image-mobile

PETTING ZOO PILIHAN PA&MA

• FARM IN THE CITY •

 

INFO PRODUK:

Farm In The City merupakan sebuah Petting Zoo yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor. Petting Zoo merujuk kepada haiwan peliharaan di mana pengunjung berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan, menyentuh haiwan dan bergambar bersama haiwan.

Lokasi yang strategik dan konsep Petting Zoo dengan tema ‘Kampung Style’ ini telah menjadikan Farm In The City sebagai sebuah zoo yang unik dan menarik. Ditambah pula, dengan kehadiran haiwan peliharaan unik seperti spesis kura-kura kedua terbesar di dunia, Aldabra Tortoise, salah satu Kangaroo yang terkecil di dunia,  Wallaby serta tidak ketinggalan Alpaca yang comel menantikan kedatangan pengunjung.

Pengunjung juga berpeluang melihat lebih daripada 100 spesis haiwan peliharaan seperti kura-kura, burung, haiwan eksotik, dan mamalia yang comel serta mudah didekati. Maka tidak hairanlah Farm In The City telah mencatat nama di dalam “Malaysia Book of Record” sebagai “Most Number of Animal Species In A Petting Zoo”.

 

Maklumat lanjut layari :