M.Haenim 2

Pam Susu Inovatif Pilihan

Banyak mesin pam yang boleh didapati di pasaran sehingga membuatkan para ibu keliru untuk memilih yang terbaik. NexusFit™  7V Breast Pump dari Haenim merupakan mesin pam yang memudahkan dengan beratnya hanya 385gm. Mesin pam buatan Korea ini mempunyai sebanyak 80 tetapan dengan mod ekspresi sehingga 15 tahap dan kelajuannya boleh dilaraskan dari 1-5. Mod urutannya juga ada 5 tahap. Aksesorinya dibuat bagi memudahkan serta memberikan keselesaan kepada ibu semasa mengepam.

Tambah menarik, mesin pam dari Haenim ini juga mempunyai lampu LED untuk kegunaan waktu malam serta cahayanya boleh dilaraskan. Didatangkan dengan fungsi memori yang dapat menyimpan tetapan kegemaran ibu. Juga paparan LED yang interaktif yang dapat menunjukkan masa, tahap sedutan serta bateri. Bateri mudah caj menggunakan USB Type-C dan tidak berbunyi ketika digunakan untuk mengepam.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web mereka di https://haenim.my/