Sekolah Islam Swasta Pilihan

Menyampaikan ilmu keagamaan dengan didikan Al-Quran serta fardu ain kepada anak-anak kita menjadi satu kewajipan kerana inilah yang menjadi asas pada akhlak dan kehidupan anak-anak kita kelak. Hatimurni Islamic Private School (HIPS) merupakan pusat pembelajaran Al-Quran dan fardu ain bagi pelajar empat sehingga 12 tahun. Ia mula ditubuhkan pada November 2007 dan mempunyai tiga cawangan iaitu di Wangsa Maju, Setiawangsa dan Bandar Bukit Mahkota. HIPS menawarkan kelas secara offline dan online, malah turut menekankan pembelajaran Islamik seperti Akidah, Tajwid, Jawi, Akhlak, Sirah serta bacaan Makhraj huruf dalam Al-Quran.

Bukan itu sahaja, malah silibus pembelajaran KAFA daripada HIPS juga mendapat pengiktirafan daripada JAIS dan JAWI. Menariknya, HIPS juga merupakan perintis dalam pembelajaran KAFA secara online terutamanya sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Selaras dengan misi dan visi HIPS untuk mencorak masa depan generasi berilmu, beramal dan berakhlak, pembelajaran Islam secara holistik amat dititik beratkan demi mencapai matlamat untuk membudayakan gaya hidup Islam.

Maklumat lanjut layari www.hatimurni.com

Facebook : hatimurni