holidayinn-image-mobile

HOTEL LUAR KL PILIHAN PA&MA

• HOLIDAY INN JOHOR BAHRU •

 

INFO HOSPITAL:

Perlu bekerja dan dalam masa yang sama ingin bercuti bersama yang tersayang? Jangan gusar kerana Holiday Inn Johor Bahru City Center pilihan penginapan yang terbaik untuk anda. Terletak di tengah-tengah pusat bandar, dengan jarak 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hotel ini menyediakan akses mudah ke beberapa tarikan utama di Johor Bahru. Daripada pusat membeli-belah dan hiburan terbaik di bandar, termasuk Angry Birds Activity Park, Skyscape JB, Jejak Warisan di pasar malam Jalan Tan Hiok Nee & Bazaar Karat.

Lebih menarik lagi, program Kids Stay & Eat Free yang ditawarkan menjadikan Holiday Inn Johor Bahru pilihan tepat untuk penginapan anda keluarga. Mempunyai 335 bilik yang lengkap dengan kemudahan untuk keselesaan seisi keluarga mahupun ketika perlu bekerja. Tambahkan keceriaan menginap di sini dengan menikmati hidangan enak makanan tempatan yang sentiasa menjadi pilihan dengan konsep dapur terbuka mesra keluarga di Dine @ Eight. Percutian selesa, hati gembira!

 

Maklumat lanjut layari :