Hotel Mesra Keluarga Pilihan

Hotel Sunway Putra yang bertaraf lima bintang ini menawarkan 650 buah bilik dan suite serba mewah dan selesa kepada pengunjungnya. Terdapat sembilan jenis bilik boleh dijadikan pilihan untuk anda seisi keluarga, sama ada mahukan jenis Superior, Deluxe, Club Room, Club Suite, Family Room, Junior Suite, Family Studio, 2-Bedroom Suite atau pun Premier Suite. Hotel Sunway Putra dengan ketinggian 35 tingkat ini juga mempunyai kolam renang yang kini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sepenuhnya bagi menjamin keselamatan pengunjung. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati fasiliti lengkap di gimnasium hotel ini.

Sekiranya mahu makan, pengunjung boleh ke Coffee House yang pelbagai pilihan menu pelbagai citarasa sama ada masakan Melayu, Cina, India, Vegetarian dan masakan Barat bermula jam 6.30 pagi hingga 10.00 pagi. Buat penggemar kopi, boleh meluangkan masa menikmati secawan kopi di Atrium Lounge yang menjanjikan suasana romantik yang beroperasi dari 12:00 hingga 8:00 malam.

Maklumat lanjut layari www.sunwayhotels.com/sunway-putra

Facebook : sunwayputrahotelkl