Pusat Permainan Indoor Kanak-Kanak Pilihan

Mahu sesuatu yang menarik untuk anak? kidzooona adalah pusat pembelajaran dan penerokaan yang menyeronokkan, di mana anak-anak anda boleh bermain sambil belajar pada waktu yang sama. Diadaptasi dari Jepun dengan menggunakan konsep hands-on ia sesuatu yang cukup menyeronokkan untuk anak-anak pelbagai peringkat umur. Di kidzooona, kanak-kanak boleh bermain dengan beberapa permainan seperti slider, air bouncer, ballpool, role-play dan banyak lagi.

Di kidzooona juga anak-anak anda boleh bermain, belajar dan bersosial dalam persekitaran bersih dan selamat. Bagi ibu bapa, anda tak perlu risau untuk membawa anak-anak bermain di kidzooona dalam norma baharu sekarang kerana pihak pengurusan begitu menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan pengunjung.

Antaranya dengan mengambil bacaan suhu badan, membersihkan tangan, kemasukan pengunjung yang terhad dalam satu masa, tetap kekalkan jarak 1 meter dan semua permainan dan peralatan dibersihkan secara berkala. Bayaran masuk yang dikenakan antara RM10 – RM35.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.aeonfantasy.com.my/store/