KONSULTAN LAKTASI PILIHAN

Dr.Hairin Anisa Bt Tajuddin

 

KEPAKARAN:

Konsultan Pediatrik & Pakar Laktasi (Ibclc)

 

PENCAPAIAN PENDIDIKAN:

Mbbs (Um) – 2001 Master In Paediatric (Um) – 2010

 

PENGALAMAN:

19 tahun berkhidmat

 

MISI & VISI DALAM DUNIA PERUBATAN:

Visi : Meningkatkan taraf kesihatan kanak- kanak di malaysia melalui perkhidmatan kesihatan secara holistik dan menyebarkan pengetahuan tentang kesihatan kanak-kanak di kalangan ibubapa.
Misi : Memberikan rawatan dengan teliti dan penerangan tentang setiap penyakit dan rawatan yang diberikan secara jelas. Menyebarkan ilmu pengetahuan tentang kesihatan kanak2 kepada ibubapa melalui penulisan buku dan media sosial. Memastikan konsep pencegahan lebih baik daripada merawat termasuk melalui pennyusuan susu ibu, vaksinasi serta pemakanan dan gaya hidup yang sihat ceritakan serba sedikit tentang diri doktor selain di atas untuk di kongsikan bersama pembaca pa&ma saya sangat menyokong penyusuan susu ibu dan sebagai pakar laktasi, saya mengasaskan breastfeeding counselor networking program yang bertujuan untuk menyediakan khidmat kaunseling laktasi di rumah (homevisit) sejak 2016.

Selain itu, saya juga adalah pensyarah sambilan di Monash Universiti Malaysia dan telah berkerjasama dengan pensyarah di universiti lain seperti uthm dan utm untuk membuat beberapa kajian. Saya telah mendapat 2 kali anugerah bersama (gold award) dalam dua kali penyertaan ‘poster presentation’. Saya terlibat dalam penulisan buku panduan pemakanan kanak- kanak kecil di bawah kkm dan diterbitkan pada tahun 2013.

Selain menjadi panel penulis ruangan s&j pediatrik majalah pa&ma, saya juga telah menerbitkan 2 buah buku : Berjaya Menyusukan Tanpa Kehamilan dan buku komik Dr Super Pot Pet siri 1. Akhir-akhir ini, saya aktif membuat video untuk pendidikan kesihatan dan penyusuan susu ibu dan terbitkan di youtube Dr Super Pot Pet & BCNP Malaysia.