Hospital Terbaik Dengan Kos Berpatutan Pilihan

Selain persekitaran serta kemudahan yang ada, salah satu faktor lain yang kita pertimbangkan sebelum memilih sesebuah hospital adalah kos yang berpatutan. Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) mempunyai sejarahnya tersendiri dan berpengalaman memberikan perkhidmatan perubatan lebih dari satu dekad terutamanya kepada penduduk Bandar Kajang. Hospital ini menawarkan pelbagai perkhidmatan pakar berpengalaman dengan kos yang berpatutan.

Ditubuhkan pada tahun 2000, KPMC dimiliki sepenuhnya oleh sekumpulan doktor dan profesional. Pusat ini beroperasi 24 jam 7 hari seminggu, diketuai oleh Pengarah Urusan, Datuk Haji Saroni bin Haji Judi. Sehingga kini, KPMC beroperasi dengan kapasiti 30 katil dan dalam proses untuk mendapatkan lesen 30 katil lagi dalam tempoh setengah tahun. Di samping itu, KPMC telah dilengkapi dengan bilik pembedahan, CT Scan, bilik bersalin, nurseri dan banyak lagi kemudahan perubatan terkini yang lain.

Maklumat lanjut layari www.kpmc.com.my

Facebook : kpmckajangplaza