legohotel-image-mobile

HOTEL MESRA KANAK-KANAK PILIHAN PA&MA

• LEGOLAND®️ HOTEL •

 

INFO PRODUK:

Jadikan percutian anda bersama keluarga lebih bermakna setiap kali menginap di LEGOLAND Hotel. Mempunyai 263 buah bilik lengkap dengan tema tersendiri seperti Pirate, Kingdom, Adventure dan NINJAGO. Setiap bilik boleh memuatkan sehingga 5 orang (3 Dewasa & 2 Kanak-Kanak atau 2 Dewasa & 3 Kanak-Kanak). Bukan sahaja berpeluang bermain LEGO di dalam bilik sendiri, malah setiap pengunjung juga disediakan aktiviti mencari harta karun di dalam bilik. Selesaikan teka-teki yang diberi, dan dapatkan hadiah LEGO yang menarik.

Keseronokan berganda bila bukan sekadar ruangan dalam hotel atau bilik bertemakan LEGO, bahkan ruangan bermain untuk kanak-kanak, lif dan restoran di hotel ini turut mengikut tema LEGO. LEGOLAND Hotel terletak di tengah-tengah LEGOLAND Malaysia Resort.

 

Maklumat lanjut layari :

FACEBOOK

LEGOLAND.my