Hotel Mesra Anak Pilihan

LEGOLAND Hotel akan menjadi penginapan yang tidak dapat dilupakan untuk seisi keluarga. Kesemua 263 buah bilik lengkap  dengan tema Pirate, Kingdom, Adventure dan NINJAGO. Setiap bilik boleh memuatkan sehingga 5 orang (3 Dewasa & 2 Kanak-Kanak atau 2 Dewasa & 3 Kanak-Kanak). Menariknya lagi, setiap kali memasuki bilik tidak kiralah apa pun juga temanya  disediakan satu aktiviti mencari harta karun. Hanya perlu selesaikan teka-teki yang di berikan dan dapatkan hadiah LEGO yang menarik.

Bukan sekadar ruangan dalam hotel atau bilik bertemakan LEGO, bahkan ruangan bermain untuk kanak-kanak, lif dan restoran di hotel ini turut mengikut tema LEGO. LEGOLAND Hotel terletak di tengah-tengah LEGOLAND Malaysia Resort.

Maklumat lanjut layari www.legoland.com.my

Facebook : LEGOLAND.my