legoland-image-mobile

TAMAN RIANG RIA PILIHAN PA&MA

• LEGOLAND®️ Malaysia Resort •

 

INFO PRODUK:

LEGOLAND®️ Malaysia Resort merupakan destinasi percutian keluarga berkonsepkan tema LEGO sepenuhnya. Lokasi percutian ideal buat seisi keluarga pastinya penerokaan ke Taman Tema LEGOLAND, Taman Air LEGOLAND, hotel serta SEA LIFE Malaysia menjanjikan keriangan sepenuhnya untuk semua. Menyediakan lebih daripada 80 permainan dan slide yang menguji keberanian diri serta pengembaraan penuh aksi untuk percutian anda sekeluarga.

LEGOLAND Malaysia Resort direka khas untuk keluarga yang mempunyai anak yang berumur antara 2 hingga 12 tahun. Lokasi di mana tertumpunya ride, slide, pertunjukan serta pelbagai tarikan dari LEGOLAND Parks di seluruh dunia.LEGOLAND Malaysia Resort khusus dibawakan untuk pengunjung tempatan merasai kehebatannya. Ia merangkumi lebih daripada 50 buah padang bola sepak dan mengandungi lebih daripada 15,000 model LEGO daripada lebih 60 juta susunan LEGO.

 

Maklumat lanjut layari :

FACEBOOK

LEGOLAND.my