Taman Riang Ria Pilihan

Berkonsepkan tema LEGO sepenuhnya, LEGOLAND®️ Malaysia Resort membawakan Taman Tema LEGOLAND, Taman Air LEGOLAND, hotel serta SEA LIFE Malaysia di bawah satu lokasi yang pastinya menjanjikan keriangan. Destinasi percutian keluarga paling ideal ini menyediakan lebih daripada 70 permainan dan slide yang menguji keberanian diri serta pengembaraan penuh aksi untuk percutian singkat anda.

LEGOLAND Malaysia Resort direka khas untuk keluarga yang mempunyai anak yang berumur antara 2 hingga 12 tahun. Lokasi di mana tertumpunya ride, slide, pertunjukan serta pelbagai tarikan dari LEGOLAND Parks di seluruh dunia.LEGOLAND Malaysia Resort khusus dibawakan untuk pengunjung tempatan merasai kehebatannya. Ia merangkumi lebih daripada 50 buah padang bola sepak dan mengandungi lebih daripada 15,000 model LEGO daripada lebih 60 juta susunan LEGO.

Maklumat lanjut layari www.legoland.com.my

Facebook : LEGOLAND.my