mahtika-tuam-image-mobile

TUAM ANAK PILIHAN PA&MA

• TUAM MEMAA MAHTHIKA •

 

INFO PRODUK

Bukan mama berpantang saja yang mahu dimanjakan dengan bertungku tetapi bayi juga akan merasa selesa jika dituam. Tuam bayi dapat memastikannya tidur lena, mengurangkan masalah angin atau kesejukan serta membantu meredakan bengkak atau lebam jika si manja terhantuk atau terjatuh. Tuam Memaa yang dikeluarkan oleh Mahthika merupakan lambang kasih sayang ibu buat anak.

Keistimewaan tuam Memaa ini adalah pada campuran herbanya. Ia direka khas dengan tangkai dan berbentuk mudah untuk mudah digunakan. Keistimewaan rekaan ini bagi memudahkan dan memberikan keselesaan ketika tuaman bayi boleh dilakukan dibahagian tapak kaki, betis, ari-ari, perut dan bahagian alat sulit bayi lelaki. Kain balutan yang digunakan pula adalah 100 peratus dari kapas lembut yang sangat sesuai untuk kulit bayi. Selain memberikan keselesaan pada bayi ketika dituam, ia juga tidak merengsakan kulit.

 

Maklumat lanjut layari :