Car Seat Mudah Kendali Pilihan

Pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan perlu ada tiga kriteria iaitu jenis kereta, kerusi dan saiz kanak-kanak. Di Mamakiddies, anda boleh mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak pada harga berpatutan dan berkualiti. Antara kerusi keselamatan kanak-kanak Mamakiddies yang mendapat sambutan baik adalah Mamakiddies Winterfrost dan Mamakiddies Desire. Semua kerusi keselamatan kanak-kanak jenama Mamakiddies mempunyai ECE R44/04 (mematuhi piawaian standard keselamatan Eropah) dan telah pun mendapat Component Type Approval (CTA) dari JPJ serta pelekat QR dari Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).

Sesuai untuk bayi sehingga umur 5 tahun (atau 18kg), Mamakiddies Winterfrost dilengkapi dengan sistem pelarasan 5 mata (5-point safety harness) dan 4 kedudukan laras, bagi memastikan anak anda sentiasa selamat dan selesa. Mamakiddies Winterfrost juga mempunyai sayap sisi yang lembut dan empuk bagi perlindungan dari arah sisi. Beralih kepada Mamakiddies Desire pula, selain dari fungsi utama sebagai kerusi keselamatan, Mamakiddies Desire juga mempunyai fungsi tambahan 4 dalam 1 iaitu sebagai baby carrier, baby rocker, mempunyai stop function untuk kegunaan ketika menyuap bayi makan (ketika di luar kenderaan). Mamakiddies Desire sesuai buat bayi sehingga 13kg.

Maklumat lanjut layari www.mamakiddies.com.my

Facebook : mamakiddies.my