MAMAKIDDIES_mob_main

Permainan Anak-Anak Pilihan

Berita baik untuk anda semua, di Mamakiddies anda boleh mendapatkan permainan doll house dan trampolin. Antara permainan yang mendapat sambutan baik adalah Amelia Doll House dan juga Trampolin Mini berdiameter 55 inci jenama Mamakiddies. Amelia Doll House ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana lengkap dengan 12 set perabot mini yang berwarna-warni, binaannya 3 tingkat, 4 bilik dengan sebuah balkoni serta sebuah lif manual yang mensimulasikan sebuah rumah agam sebenar. Selain itu, doll house ini juga dapat menampung patung setinggi 30CM dan boleh dimain oleh lebih daripada seorang kanak-kanak pada satu masa. Bahan  digunakan terdiri daripada papan MDF (fiberboard) dan kayu lukisan yang mesra alam. Sesuai untuk kegunaan di rumah dan juga di sekolah.

Bagi Trampolin Mini 55 inci Mamakiddies pula sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Anak kita harus menguasai kemahiran melompat ini kerana ia merupakan satu skill yang berkait rapat dengan perkembangan kemahiran motor halus serta kemahiran berkomunikasi anak kita. Trampolin ini disokong oleh tali bungee yang menyebabkan ia mempunyai lebih lantunan berbanding trampolin yang disokong oleh spring logam. Trampolin ini juga mampu menampung kapasiti berat sehingga 60KG. Maka, satu keluarga boleh berpakat untuk melompat dan sama-sama menjadi sihat!

Maklumat lanjut layari www.mamakiddies.com.my

Facebook: mamakiddies.my