marriot-image-mobile

HOTEL STAYCATION PILIHAN PA&MA

• MARRIOT PUTRAJAYA HOTEL •

 

INFO PRODUK:

Luangkan masa berkualiti bersama keluarga di Putrajaya Marriott Hotel.  Bertaraf lima bintang dengan keluasan dua ekar yang terletak di IOI Resort City, ia menjadi pilihan keluarga, ahli korporat dan pelancong individu. Terkenal dengan kemegahan bangunan yang mempunyai seni bina Mediterranean. Selain itu, hotel ini juga mempunyai sebanyak 488 bilik tamu yang elegan dan luas terdiri daripada 380 Deluxe, 73 Executive Deluxe dan 35 Suite eksklusif yang semuanya mengikut piawaian antarabangsa.

Terdapat enam buah restoran yang pastinya akan memenuhi selera anda sepanjang berada di sini, antaranya adalah Zest Lifestyle Restaurant, Summer Palace Chinese Restaurant, Midori Japanese Restaurant, Tuscany Italian American Restaurant dan D’ Oracle Coffee Lounge.  Sama ada untuk urusan kerja atau keseronokan, hotel ini juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk tetamu nikmati dan bersantai antaranya di kolam renang berbentuk “Lagoon”, Tranquility Spa & Wellness, Gim, ATV Sukan Ekstrem, Kiddies World dan Padang Golf yang berdekatan.

 

Maklumat lanjut layari :