PUSAT PAMERAN & PENYIMPANAN KHAZANAH NEGARA PILIHAN PA&MA

MUZIUM NEGARA •

INFO PRODUK

Reka bentuk Muzium Negara diterjemahkan oleh arkitek yang telah dilantik iaitu Encik Ho Kok Hoe berdasarkan ciri-ciri seni bina istana Raja-raja Melayu dan keunikan Muzium Negara tidak hanya terlihat pada seni binanya sahaja, namun turut terpapar pada permukaan dinding hadapannya yang dihiasi dengan dua buah mural diperbuat daripada kaca mozek Itali. Mural-mural tersebut yang memaparkan rentetan sejarah dan kraftangan Malaysia ini telah dihasilkan oleh Encik Cheong Laitong yang merupakan antara pelukis terkenal Malaysia.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah menyempurnakan upacara perasmian Muzium Negara pada tanggal 31 Ogos 1963. Pada tanggal 11 Ogos 2015, Muzium Negara telah menerima pengiktirafan sebagai bangunan warisan kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Muzium Negara memberi penekanan pameran beberapa bahagian utama iaitu Pameran Tetap, Pameran Luar, Pameran Terkini dan Arkib. Setiap aspek memberikan pengalaman dan sejarah berbeza buat pengunjung. Selain pameran, Muzium Negara sangat aktif dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan khusus mendekatkan diri mereka dengan pelbagai institusi dan orang awam. Di antara aktiviti hebat ialah Sambutan Ulang Tahun ke-60 Muzium Negara, Jom Main Permainan Tradisional, Program Ceria Muzium Negara dan banyak lagi.

“Muzium Kita, Tamadun Kita”

Maklumat lanjut layari :

PUSAT PAMERAN & PENYIMPANAN KHAZANAH NEGARA PILIHAN PA&MA

• MUZIUM NEGARA •