HOSPITAL MULTIDISIPLIN PANTAI TIMUR PILIHAN PA&MA
• PAHANG MEDICAL CENTRE (PMC) •
INFO HOSPITAL
Sekiranya kita mahu mendapatkan rawatan di hospital, sudah tentu kita mahukan servis terbaik dan kemudahan yang lengkap. Maka, Pahang Medical Centre (PMC) pilihan yang tepat!
- PMC merupakan hospital pakar yang menawarkan perkhidmatan pakar dalam pelbagai disiplin seperti Perubatan Am, Pembedahan Am, Ortopedik, Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi, Radiologi, Urologi, Otorinolaringologi (ENT) dan lain-lain.
- Hospital ini juga menerima penghargaan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Hospital Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dengan aksesibiliti yang menepati syarat-syarat premis mesra OKU yang ditetapkan.
- Terkini, PMC memperkenalkan perkhidmatan Nursing Home Care di mana pasukan perubatan PMC akan ke rumah pesakit untuk melakukan prosedur kecil dengan kadar caj yang berpatutan. Memang memudahkan!
Maklumat lanjut layari :
WEBSITE
NO TEL
09-513 7110/7111