PAKAR KANAK-KANAK PILIHAN

DR MOHAMMAD IQBAL MOHAMMAD SARWAR

 

KEPAKARAN:

Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Pakar Perunding Neonatal

MISI DALAM BIDANG PERUBATAN

Menjadi guardian kepada kanak-kanak dan bayi yang saya rawat, memberikan servis yang terbaik yang boleh saya berikan dengan hidayah dan izin Allah SWT. Saya juga bercita-cita untuk menaikkan taraf perubatan tempatan supaya setanding dengan kualiti perubatan di peringkat antarabangsa selari dengan latihan berpuluh-tahun yang saya terima di United Kingdom.

PENGLIBATAN AWAL DALAM KEDOKTORAN SEHINGGA KINI

Saya mula menuntut ilmu perubatan di University of Aberdeen, Scotland, United Kingdom. Di situ saya dianugerahkan dua ijazah (double degree) iaitu dalam bidang perubatan (MBChB) dan satu lagi dalam bidang Medical Sciences (BScMedSci). Kemudian saya terpilih untuk melalui latihan kepakaran di dalam bidang pediatrik di Hospital Edinburgh Sick Kids dan Simpson Memorial Maternity Hospital juga di Edinburgh, Scotland. Saya kemudiannya dianugerahkan the United Kingdom National Training Number (NTN) untuk melanjutkan latihan kepakaran saya di hospital Sheffield Children’s Hospital, England dan Jessops Wing Maternity Hospital di Shefield melalui program The North Yorkshire Training Rotation. Di situ saya melalui latihan kepakaran pediatrik dan juga dalam bidang neonatologi.

Setelah saya berjaya mendapat Certificate of Completion of Specialist Training (CCT) pada tahun 2009, saya melanjutkan lagi latihan saya di St Mary’s Regional Tertiary Newborn Intensive Care Unit di bandar Manchester, sebagai Senior Neonatal Fellow. Jawatan terakhir saya di United Kingdom sebelum kembali ke Malaysia ialah sebagai Pakar Perunding Neonatal di St Mary’s Regional Newborn Intensive Care Unit di Manchester, England. Saya dianugerahkan Fellowship of the Royal College of Paediatrics and Child Health, (FRCPCH) di United Kingdom pada tahun 2011. Selepas hampir 20 tahun belajar dan berkerja di United Kingdom, saya kembali ke Malaysia dan berkhidmat sebagai Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Perunding Neonatal di KPJ Damansara Specialist Hospital pada tahun 2013 sehingga kini. Dengan latihan yang saya terima, alhamdulilah latihan saya membolehkan saya berfungsi sebagai pakar kanak-kanak dan pakar neonatal. Tugas saya bukan sahaja menjaga kesihatan kanak-kanak tetapi juga menjaga bayi pramatang dan bayi-bayi lain yang memerlukan rawatan rapi di Neonatal Intensive Care Unit atau NICU. Dalam bidang Neonatal saya mempunyai interest atau minat khas dalam neonatal ventilation, total body cooling dan neonatal sepsis.