PAKAR PATOLOGIS PILIHAN

AISHAH KASSIM

 

KEPAKARAN:

Patologis Pertuturan Bahasa

 

PENCAPAIAN PENDIDIKAN:

Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

SERBA SEDIKIT TENTANG AISHAH KASSIM:

Tidak pernah terfikir untuk menjadi siapa dirinya pada hari ini. Pernah berhenti seketika daripada menjadi seorang Patologis sehinggalah pada suatu hari ada yang meminta untuk dia merawat seorang anak autisme. Dari situ Aishah Kassim memulakan semula kerjayanya sebagai Patologis Pertuturan Bahasa dan berniat untuk wakafkan ilmu, masa dan tenaga untuk membantu anak-anak yang memerlukan bantuannya.

 

PENGALAMAN:

Berpengalaman selama 14 tahun mengendalikan penilaian dan rawatan secara one-one bagi kanak-kanak dengan masalah kelewatan bahasa dirumah, di pusat didikan kanak-kanak dan hospital swasta.

 

VISI & MISI:

Berbekalkan misi untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai berkanaan isu dan masalah Bahasa & komunikasi dan juga menyediakan landasan bagi ibubapa dan guru guru mempelajari teknik mengajar kemahiran- kemahiran awal kanak-kanak seperti bahasa, komunikasi, sensori, motor dan sosial, beliau Kini giat menjalankan program kesedaran berkenaan masalah kelewatan bahasa dalam kalangan kanak-kanak di media sosial dan juga bekerjasama dengan media-media tempatan seperti Astro, Karangkraf, Majalah Pa&Ma dan Keluarga untuk memberikan liputan yang lebih meluas.