PAKAR PERUNDING KELUARGA PILIHAN

HAJI HUSHIM BIN HAJI SALLEH

 

KEPAKARAN:

Kaunselor berdaftar yang berpengalaman luas dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan keibubapaan, bidang motivasi kerjaya, kaunseling kerjaya, kaunseling keluarga dan perkahwinan serta bidang-bidang yang berkaitan dengan motivasi dan kaunseling.

 

PENCAPAIAN PENDIDIKAN:

Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Malaya

 

PENGALAMAN:

• 1978 – Guru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor

• 1992 – Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Selangor

• 1997 – Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

• 1999 – Ketua Seksyen Kaunseling Dan Kerjaya, Universiti Malaya

• 2007 hingga kini – Pengarah Urusan Hushim Motivational And Counselling Consultancy

Mempunyai klinik kaunseling persendirian iaitu Klinik Kaunseling Hushim Motivational And Counselling Consultancy

Mempunyai klinik kaunseling persendirian iaitu Klinik Kaunseling Hushim Motivational And Counselling Consultancy

 

MISI & VISI DALAM BIDANG KAUNSELING:

Memberi perkhidmatan kaunseling untuk membantu masyarakat berdasarkan etika kaunseling bagi mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang menyeluruh dan baik kepada  masyarakat.

 

Ceritakan Serba Sedikit Tentang Diri Tuan Selain Di Atas Untuk Di Kongsikan Bersama Pembaca Pa&Ma

Sebagai seorang kaunselor, saya aktif mengadakan program-program pembangunan insan dan juga ceramah-ceramah motivasi bagi sektor korporat, organisasi-organisasi kerajaan dan swasta, peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), serta peringkat sekolah menengah dan rendah. Selain itu, turut aktif menyampaikan ceramah dalam program-program pendidikan keibubapaan dan juga program pasca perkahwinan.