PAKAR SAKIT TUAN PILIHAN

DR MOHD ISMAIL BIN MOHD TAMBI

 

KEPAKARAN:

Andrologis (Pakar Sakit Tuan)

 

PENCAPAIAN PENDIDIKAN:

1. MB., BS. (South India) 1978

2. Diploma In Reproductive Medicine (Malaysia) 1986

3. W.H.O. Fellowship In Clinical Andrology & Semenology. 1987

4. W.H.O. Postgraduate Grad Certificate In Adolescent Reproductive & amp; Health (Hungary) 1991

5. Associate Member Of European Academy Of Andrology (Germany) 2017

 

PENGALAMAN:

• Mempelopori bidang kesihatan lelaki dan kesihatan seksual dan reproduktif Lelaki sejak 1987 sehingga ke hari ini.

• Mula menulis dalam dunia kepakaran lelaki bermula 1985.

• Menghasilkan lebih 20 buah buku dan jurnal mengenai dunia lelaki.

• Diterima oleh satu satunya Akademi terkemuka Antarabangsa, Akademi Andrologi di Europa dan dianugerahkan sebagai Ahli Akademi Andrologi Europa, Berlin, Germany, pada 2017.

 

MISI & VISI DALAM DUNIA PERUBATAN

Tiada sebab kenapa lelaki tiada masalah kesihatan mutlaknya akan tetapi mereka anggap ini kelemahan sahaja dan perlu dikendalikan secara senyap. Jadi masalah lemah shaywat, lemah tenaga batin, masalah kecing tak tus, masalah kurang nafsu seks dan pelbagai lagi dianggap perkara sulit dan tak perlu dikendalikan secara professional. Ini salah pendapat dan salah taksir. Lelaki perlu diberi kesedaran yang kesemua masalah yang dinyatakan tadi merupakan masalah kesihatan dan bukan kelemahan sahaja malah perlu mendapat pemeriksaan doktor dan rawatan professional. Jadi saya memilih memperkasakan lelaki tentang kesihatan mutlak mereka dan keterbukaan lelaki untuk berjumpa doktor untuk menyelesesaikan masalah kesihatan itu sebagai misi dan visi saya dalam dunia perubatan yang saya ceburi ni.

 

Ceritakan Serba Sedikit Tentang Diri Tuan Selain Di Atas Untuk Di Kongsikan Bersama Pembaca Pa&Ma

Saya mempelopori bidang kesihatan lelaki dan kesihatan seksual dan reproduktif Lelaki semenjak 1987 sehingga kehari ini. Saya mula menulis pada 1985 dan tumpu penulisan saya dalam bidang yang saya pelopori dengan mengeluarkan beberapa buku profesional dan buku untuk semua pembaca dalam media massa dan media elektronik. Banyak pemulisan saya kini digunakan oleh penulis Blog Kesihatan dan ada juga disalahgunakan oleh penjual ubatan tradisional untuk kesihatan Lelaki. Saya tidak khuatir kerana para pembaca kini bijak dan tahu yang mereka perlu kendalikan masalah kesihatan mereka dengan berjumpa doctor dan bukan sekadar memberi ubat atau minyak ajaib untuk kendalikan masalah kesihatan mereka.

Sebahagian daripada penulisan saya yang mungkin boleh terjumpa di perpustakaan ialah seperti berikut:

Illustrated Guide for Infertile Couple (1985), Infertility Guide for Couple(1986), Manual for Infertility Management untuk pegawai perubatan(1987), Pengenalan Dan Rawatan Sakittuan(1995),Panduan Meningkatkan Kesuburan(2001), Manual of Sexual and Reproductive Health(2003), Derita Dalam Diam (2004), A Men’s Guide to Sexual Health (2005), Pengenalan dan Rawatan Kesihatan Seksual (2005), Lelaki Unggol (2005), Panduan Menjaga Kesihatan Seksual(2006), Cinta, Perkhawinan & Kesihatan Seksual (2007), Terapi Perkhawinan (2008), Perempuan, Isteri dan Rahsia Seksual(2010), Adab Malam Pengantin (2011), Rahsia Seksual Lelaki (2012), *Serasi Sejiwa (2012), *Kaunseling Tingkah Laku Seks Songsang LGBT(2019)

Saya terlibat dalam kajian disfungsi seksual Lelaki Malaysia (1996-97) dan beberapa kajian antarabangsa tentang pengunaan perubatan mati pucuk serta kajian klinikal tentang Tongkat Ali dan telah membentang tidak kurang dari 80 kertas kerja yang mana 55 berkaitan dengan bidang Andrologi (Sakit tuan). Pencapian ini telah diterima oleh satu satunya Akademi terkemuka Antarabangsa, Akademi Andrologi di Europa dan menganugerahkan saya sebagai Ahli Akademi Andrologi Europa, Berlin, Germany, pada 2017. Saya juga pernah dilantik sebagai Professor Kehormat, Shenyang Andrology Hospital, Shenyang, China pada 2006 dan Professor Kehormat, Chinese Association of Anti-Aging Physicians, Hangzhou, China 2015.