Tabungan Pilihan

Ketika membuat tabungan ibu bapa boleh melihat dan menilai produk simpanan manakah yang memberikan insentif atau manfaat yang berganda. Contohnya pemberian dividen. Kadar dividen yang diberikan melalui SSPN adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi kewangan lain. Pada tahun 2019 kadar dividen yang diberikan kepada pendeposit SSPN adalah 4%. Tambah istimewa, skim SSPN ini merupakan satu-satunya pelan simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun dan perlindungan takaful sehingga RM1 juta.

Menariknya lagi, SSPN turut mengadakan Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi ibu bapa yang mempunyai akaun SSPN-i Plus. Dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM1 juta. Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini telah berlangsung sejak 1 Julai 2020 yang lalu sehingga 31 Disember depan.

Maklumat lanjut layari www.lovesspn.com

Facebook : SSPN