Simpanan Pendidikan Anak-Anak Pilihan

Untuk membuat tabungan anak-anak, ibu bapa boleh mula menyimpan sedari mereka lahir. Simpanan dalam SSPN adalah serendah RM1 sehari seawal umur 1 hari. Apabila anak berusia 18 tahun, sampai masa anak masuk IPT, simpanan yang dibuat boleh digunakan untuk tujuan pendidikan. Untuk itu, anak-anak tidak perlu meminjam untuk meneruskan pengajian atau hanya meminjam dalam jumlah yang sedikit dan betul-betul diperlukan sahaja.

Sebagai contoh, untuk belajar di peringkat diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), jumlah yang diperlukan sekitar RM15,000 untuk tempoh 3 tahun. Sekiranya mula menyimpan semasa anak dilahirkan dengan konsisten sebanyak RM50 sebulan, jumlah yang disimpan telah pun mencukupi. Dengan perancangan awal ini, graduan pada masa hadapan juga tidak terbeban untuk melunaskan hutang pinjaman pendidikan mereka. Lebih menarik, anak-anak boleh menyertai pelbagai peraduan yang dianjurkan oleh SSPN seperti Bulan Menabung pada Oktober ini.

Maklumat lanjut layari www.lovesspn.com

Facebook : SSPN