sunway-image-mobile

TAMAN TEMA PERMAINAN AIR PILIHAN PA&MA

• SUNWAY LAGOON MALAYSIA •

 

INFO PRODUK:

Taman tema air Sunway Lagoon sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung ke ibu negara. Selain mandi-manda dan bermain pelbagai permainan yang menyeronokkan, pengunjung berpeluang menikmati tarikan baru yang cukup mengujakan, iaitu Camp Out! At Sunway Lagoon. 

Merupakan kesinambungan pengalaman Best Day Ever, setiap pengunjung dapat menikmati keseronokan di Sunway Lagoon dari pagi sehingga keesokkan harinya! Enjoy percutian singkat anda bersama keluarga dengan pakej lengkap termasuk makanan dan banyak lagi!

Tak perlu risau dengan tahap kebersihan dan keselamatan sepanjang berada di sini kerana Sunway Lagoon telah menambah baik piawaian yang sedia ada dengan sanitasi dan pembersihan yang kerap di tempat yang sering disentuh serta mengehadkan permainan dan tarikan tertentu. Kapasiti pengunjung juga dihadkan sehingga 50 peratus daripada jumlah kapasiti asal. Pasti mengujakan!

Maklumat lanjut layari :