Kedai Ibu Dan Anak Pilihan

Butik Tateh telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan kini telah berkembang dan beroperasi di 17 cawangan di serata Semenanjung Malaysia. Ia menawarkan aneka pilihan barangan keperluan bayi, di samping pelbagai barangan keperluan ibu-ibu mengandung, berpantang dan menyusu. Butik Tateh amat mengutamakan budaya ilmu di kalangan warga kerjanya, agar sentiasa memberi konsultasi bagi membantu ibubapa membuat pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Butik Tateh juga antara perintis kempen keselamatan kanak-kanak di jalan raya secara aktif melalui kempen ‘Malaysia save Our Future’ di mana ia terlibat secara langsung dalam memberi ceramah kesedaran, penulisan artikel dan pemeriksaan CRS di banyak lokasi di seluruh Malaysia. Selaras dengan ispirasi untuk menjadi butik bayi Nombor 1 di Malaysia, Butik Tateh kini juga membuka peluang untuk individu yang berminat membuka peniagaan butik ibu dan bayi di bawah jenama Tateh melalui program perlesenan. Untuk lebih informasi, boleh layari www.tateh.com.my atau hubungi ibupejabat mereka di 03-89280330