TERAPIS CARA KERJA KANAK-KANAK PILIHAN

Puan Maryam Jamadi

 

KEPAKARAN:

Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak

 

PENCAPAIAN PENDIDIKAN:

Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja, UiTM

 

PENGALAMAN:

Mempunyai 6 tahun pengalaman dalam bidang Terapi Cara Kerja bahagian kanak-kanak. Pernah bekerja di pusat terapi khas anak autisme dan kini mempunyai 2 cawangan pusat terapi cara kerja kanak-kanak di Selangor dan Johor (BEYOND Home Therapy). Aktif berkongsi tips keibubapaan, dan pengalaman sepanjang menjadi ibu serta Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak di laman Facebook beliau.

 

MISI & VISI DALAM DUNIA PERUBATAN:

Visi:
• Agar semua yang bergelar ibu bapa mempunyai ilmu keibubapaan demi generasi masa hadapan.

Misi:
• Aktif berkongsi ilmu keibubapaan berdasarkan perspektif Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak.
• Memberikan pendedahan tentang kepentingan ilmu perkembangan anak supaya intervensi awal dapat dilakukan.
• Menyediakan khidmat terapi cara kerja bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan.

 

Ceritakan Serba Sedikit Tentang Diri Tuan Selain Di Atas Untuk Di Kongsikan Bersama Pembaca Pa&Ma

Puan Maryam Jamadi mula aktif menulis tentang ilmu keibubapaan di laman sosial beliau sejak tahun 2017 dan sejak itu kebanyakan artikel beliau tular terutamanya berkenaan kesan pendedahan gadget, masalah kelewatan perkembangan dan tips merangsang perkembangan dan sebagainya. Disebabkan anak pertama beliau memerlukan perhatian yang lebih, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menawarkan perkhidmatan terapi cara kerja di rumah. Di situ lah bermulanya BEYOND Home Therapy, iaitu terapi yang dijalankan di rumah beliau sendiri. Atas sambutan yang menggalakkan, kini BEYOND Home Therapy sudah mempunyai 2 cawangan, di Selangor dan Johor.

Sebagai inisiatif menyampaikan ilmu keibubapaan kepada semua yang memerlukan, beliau juga menganjurkan Road Tour Kelas Merangsang Perkembangan Anak seluruh Malaysia sebagai program tahunan. Sehingga kini, Puan Maryam Jamadi mempunyai lebih 78,000 ‘followers’ di laman Facebook dan lebih 100,000 ahli di Group santai “Anak Sepahkan Apa Hari Ini?”.