element-image-mobile

HOTEL BAJET KELUARGA PILIHAN PA&MA

• THE 5 ELEMENTS HOTEL •

 

INFO PRODUK:

Sesekali staycation bersama keluarga tentu menyeronokkan. Tambah pula dapat menikmati keindahan kota raya Kuala Lumpur dengan menginap di hotel yang terletak di tengah-tengah tarikan yang ada di ibu negara. Menawarkan pengalaman yang tersendiri untuk setiap pengunjung, The 5 Elements Hotel tentunya menjadi pilihan anda dan keluarga dengan harga yang berpatutan!

Berkonsep lima elemen penting untuk keseimbangan sejagat – menetapkan tema untuk suasana kontemporari, bergaya dan pengalaman perkhidmatan yang menyegarkan. Mempunyai bilik yang cukup selesa dan dihias sederhana, kesemua bilik-bilik di sini juga di nyahkuman (sanitize) sebelum para tetamu menginap dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Lebih menarik satu keluarga dapat menerokai tarikan yang terdapat di sekitar hotel ini dengan hanya berjalan kaki atau menaiki bas The Hop On Hop Off. Si manja pasti seronok dapat bercuti dan merasai pelbagai pengalaman menarik bersama papa mama!

 

Maklumat lanjut layari :