Pakaian Dalam Menyusu Pilihan

Pansy maternity bra direka sesuai buat ibu moden bergaya yang menyusukan anak. Walaupun dipakai pada bahagian dalam, coli memainkan peranan penting untuk meningkatkan keyakinan si ibu. Coli dari XIXILI ini didatangkan dengan klip mudah laras bagi proses penyusuan yang mudah. Fabrik jahitan kait ultra lembut serta elastik dan kain mesh lubang di tengah menjadikan ia lebih selesa serta bernafas.

Underband lebar dan tidak mudah terlipat direka untuk memberikan keselesaan pada bahagian kulit ibu. Nursing bra tanpa wayar ini juga mempunyai padding yang boleh dikeluarkan mengikut kesesuaian ibu. Didatangkan dengan cangkuk tiga baris untuk menampung perubahan bentuk badan. Rekaan belakang berbentuk U direka untuk sokongan padu.

Maklumat lanjut layari www.xixili-intimates.com

Facebook : XIXILI