ZOO MESRA KELUARGA PILIHAN PA&MA
• ZOO MELAKA & TAMAN BURUNG •
INFO PRODUK
Zoo Melaka telah ditubuhkan sejak 1963 di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Melaka dan telah diswastakan pada awal 2013 dengan nama baharu Zoo Melaka & Night Safari.
Mempunyai keluasan 54 ekar, ia merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia. Zoo di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini telah ditransformasi dengan konsep pameran haiwan terbuka bagi memperkasakan program pendidikan hidupan liar serta program pemerhatian untuk pembiakan haiwan untuk menjadikan zoo ini sebagai kawasan rekreasi.
Night Safari pula memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri haiwan nokturnal dalam habitatnya. Di Zoo Melaka & Taman Burung, bukan sekadar ‘lihat kosong’ tetapi merupakan proses pembelajaran tentang kehidupan liar dengan pelbagai program sesuai untuk murid sekolah, pelajar universiti serta syarikat korporat.
Waktu operasi bermula jam 10.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Khamis) manakala untuk Jumaat-Ahad dan cuti sekolah serta cuti umum pula pada jam 9.00 pagi – 6.00 petang. Night Safari pula bermula jam 8.00 malam – 11.00 malam dan akan ditutup sekiranya hari hujan.
Maklumat lanjut layari :

WEBSITE
NO TEL
06-2323900